Wanita Ditemui Mati Berlumuran Darah Atas Jalan Di Ketereh

1 May 2026 • 11:37 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KOTA BHARU – Seorang wanita ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah di atas jalan di Kampung Kubang Kiat, Ketereh, di sini, tengah malam tadi.

Mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 20-an itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika melalui kawasan berkenaan.

Disangka Tidur, Rupanya Sudah Meninggal Dunia

Menurut laporan Harian Metro, mangsa pada mulanya disangkakan sedang tidur di atas jalan sebelum pemeriksaan lanjut mendapati wanita terbabit sudah tidak bernyawa.

Pemerhatian pada tubuh mangsa menemukan beberapa kesan kecederaan serius, dipercayai akibat tikaman di bahagian perut, belakang badan serta muka.

Susulan kejadian itu, orang awam segera menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II bagi tujuan bedah siasat serta usaha mengesan identiti dan waris mangsa.

Pihak polis dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat. – The Malaysian Update

The post Wanita Ditemui Mati Berlumuran Darah Atas Jalan Di Ketereh appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved