Wanita ditemui melecur 70 peratus dalam bilik pencawang

28 Jun 2026 • 9:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita ditemui melecur 70 peratus dalam bilik pencawang
Lokasi kejadian wanita dilaporkan melecur.

SUNGAI PETANI - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita dikesan melecur kira-kira 70 peratus disyaki terkena renjatan elektrik di sebuah bilik pencawang dekat Taman Ria Jaya di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk menerima rawatan.

"Keadaannya kini dilaporkan kritikal dan ditidurkan akibat mengalami kecederaan melecur kira-kira 70 peratus pada badan," katanya.

Bagaimanapun, Hanyan berkata, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Katanya, siasatan lanjut juga akan dijalankan berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan kes berlakunya kecurian kabel di lokasi kejadian.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved