Wanita ditemukan meninggal dunia dalam rumah dipenuhi sampah

4 Mar 2026 • 9:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah yang penuh dengan longgokan sampah. Foto JBPM Perak

IPOH - Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah yang penuh dengan longgokan sampah dan barangan terpakai di Taman Golden Dragon dekat Kampar, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.22 petang berkaitan terdapat mangsa di dalam sebuah rumah jenis dua tingkat dengan pintu berkunci.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati pihak polis dan petugas KKM (Kementerian kesihatan) telah berada di situ.

"Pintu hadapan tidak dapat dibuka sepenuhnya kerana terdapat halangan membabitkan sejumlah barangan lama dan sampah.

"Dimaklumkan terdapat seorang mangsa wanita kelahiran Malaysia yang berkerakyatan Amerika Syarikat berumur 61 tahun di dalam rumah dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum jentera bomba tiba,” katanya.

Beliau berkata, berikutan laluan pintu hadapan terhalang oleh barangan terpakai dan sampah itu, pasukan bomba terpaksa membuka pintu belakang bagi memudahkan mangsa dibawa keluar.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- Bernama