Wanita ditikam suami dibenar keluar hospital, suspek minum racun stabil

LocalPolitics
11 Aug 2024 • 3:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SEREMBAN, 11 OGOS: Wanita yang cedera ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Bahau semalam, dibenarkan pulang pagi tadi selepas menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata suami mangsa yang juga suspek dalam kejadian itu bagaimanapun, masih menerima rawatan di Hospital Jempol dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, tetapi masih belum boleh bercakap.

“Lelaki berumur 32 tahun itu akan ditahan untuk siasatan lanjut selepas ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 30 tahun dilaporkan cedera selepas ditikam dengan sebilah pisau sebanyak dua kali oleh suaminya pada bahagian rusuk kiri dipercayai akibat perselisihan faham sebelum lelaki itu bertindak meminum racun rumpai.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau alatan berbahaya.

-BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved