Wanita dituduh bunuh warga Indonesia

19 Jun 2026 • 3:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita dituduh bunuh warga Indonesia
SEPANG, 19 Jun -- Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Majistret Khairatul Animah Jelani kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 Julai bagi serahan dokumen.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Image from: Wanita dituduh bunuh warga Indonesia
Chin Siau Lan, 44, (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang warganegara Indonesia awal bulan ini.

SEPANG - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang warganegara Indonesia awal bulan ini.

Tertuduh, Chin Siau Lan, 44, didakwa membunuh warganegara Indonesia tersebut di sebuah unit kediaman di The Olive, Jalan Sunsuria 1, Bandar Sunsuria, di sini pada kira-kira 2.31 petang, 3 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya V. Luvithaa manakala tertuduh diwakili peguam V. Ayasamy.

Majistret Khairatul Animah Jelani kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 Julai bagi serahan dokumen.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved