Wanita Filipina maut kemalangan dua kenderaan

11 Jun 2024 • 4:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang wanita warga Filipina maut selepas kereta dipandu terlibat kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Laman Sendayan, di sini pada Selasa. Foto JBPM

image is not available
Pasukan perubatan membuat rawatan awal di lokasi. Foto JBPM

SEREMBAN - Seorang wanita warga Filipina maut selepas kereta yang dipandu terlibat kemalangan dengan kereta lain di Jalan Laman Sendayan, di sini pada Selasa.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan dalam kenyataan berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.40 pagi sebelum

**media[2685598]**

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki manakala dan Perodua Kancil dinaiki dua wanita warga Filipina," katanya.

Ujarnya, pemandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala penumpangnya cedera.

"Mangsa cedera diserahkan kepada KKM sementara mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!