
Wanita Haiti Teruja Makan Kuih Koci, Kata Mirip Kuih Tradisi Negaranya
Malaysia ialah sebuah negara yang unik kerana mempunyai kepelbagaian budaya, makanan dan cara hidup yang menjadikannya tarikan utama kepada pelancong dari seluruh dunia.
Menariknya, Malaysia sering menjadi destinasi pilihan kerana suasananya yang mesra pelancong. Ada yang datang untuk berjalan-jalan di bandar seperti Kuala Lumpur, ada yang memilih destinasi pulau dan alam semula jadi, dan tidak kurang juga yang tertarik dengan keunikan makanan tempatan seperti nasi lemak, roti canai dan pelbagai lagi.
Teruja jumpa kuih sama dengan kuih tradisinya
Baru-baru ini, satu perkongsian seorang wanita dari Haiti @dieulamprevilon, menarik perhatian ramai keterujaannya keterujaannya menemui kuih koci yang dikatakan mirip dengan salah satu kuih tradisi di negaranya iaitu doukounou.
"Saya sedang berada di Malaysia dan saya jumpa sejenis kuih yang dah lama saya tak jumpa sejak kecil di Haiti," kongsinya.
Malah, dia sempat menunjukkan kuih koci tersebut sambil bertanya kepada masyarakat Haiti sama ada mereka mengenali kuih itu atau tidak.

Bukan itu sahaja, dia juga turut berkongsi bahawa ibu saudaranya juga sering membuat kuih tersebut.
"Dalamnya biasanya dibuat dengan nasi dan rasanya manis," kongsinya mengimbau kembali rasa kuih tradisi negaranya.

Dia juga memberitahu, kuih koci itu dibeli sewaktu sedang mencari makanan pada waktu pagi. Bukan itu sahaja, dia juga turut berkongsi pengalamannya menjumpai kuih yang serupa sewaktu berada di Nigeria dahulu.
"Kalau awak semua ingat waktu di Nigeria dulu, saya pun ada jumpa kuih yang sama macam ni. Sekarang, di Malaysia, saya jumpa lagi kuih yang sama dengan doukounou," kongsinya.
Dia juga sempat menunjukkan kepada kamera bahawa inti kuih yang disangka sama dengan doukounou itu adalah kelapa dan rasanya sangat manis dan sedap.
"Saya kena kongsikan benda ni dengan semua orang," tambahnya lagi.
Lelaki Jerman Kagum Dengan Malaysia, Tak Sangka Urusan Ini Selesai Dalam 2 Jam
Lain Macam Cara Makan Nasi Kandar, Ramai Terhibur Tengok Gelagat Wanita Ini
Tertanya macam mana tradisi Afrika ada persamaan dengan Malaysia
Selain itu, dia juga hairan dan tertanya-tanya, apa kaitan dan persamaan antara tradisi Afrika, terutamanya Haiti dan Malaysia yang mempunyai kuih seakan sama.
"Ia dibalut dengan daun pisang dan turut ada tekstur yang melekit. Saya rasa ini mungkin keladi, tapi saya tak pasti apa yang membuatkan warnanya seperti ini.

"Tapi dia melekit sama macam nasi dan apa yang dibuat oleh ibu saudara saya di Haiti," ujarnya lagi.
Reaksi netizen
Selepas video tersebut tular di media sosial, rata-rata rakyat Malaysia turut memberikan pelbagai rekasi dan turut menjawab persoalannya.
"Itu adalah kuih koci, manisan dari Malaysia dan kami ada pelbagai jenis koci macam koci pulut hitam, koci pulut dan labu. Intinya dibuat dari kelapa muda, dimasak dengan gula melaka dan daun pandan. Kuih ni sama macam mochi dari Jepun dan Korea," ujar seorang warganet.
"Selamat datang ke Malaysia. Lain kali awak boleh cuba karipap pulak," ujar seorang lagi.
"Waktu mula-mula sampai KL, turun je kapal terbang buatkan saya rasa, negara ni tak rasa asing langsung," komen seorang lagi.
"Mungkin orang Malaysia atau Asia melancong ke Afrika atau Carribean. Saya pernah melancong ke Carribean dan jumpa ramai orang Asia di sana," tulis seorang lagi.
