Seorang wanita bertindak menghalau kawannya keluar dari rumah selepas kucing peliharaannya ditolak jatuh dari sofa, menyebabkan haiwan itu ketakutan dan melarikan diri.
Dalam satu perkongsian di Reddit, wanita itu menyifatkan kucingnya sebagai ‘bayi’ sendiri yang sangat manja tetapi agak mudah terkejut. Disebabkan itu, dia sering mengingatkan tetamu supaya lebih berhati-hati dan berlembut apabila berinteraksi dengan haiwan kesayangannya itu.
Namun, ketika salah seorang rakannya datang melawat, kucing tersebut melompat naik ke atas sofa. Tanpa sebarang sebab, rakan itu dikatakan menolak kucing itu kuat-kuat hingga terjatuh ke lantai.
“Dia bukan tolak perlahan, tapi ditolak dengan kuat sampai terjatuh. Kucing saya terus lari menyorok bawah katil. Saya terus marah dan tanya kenapa dia buat macam tu, tapi dia hanya gelak dan cakap, ‘Relax, itu cuma kucing’,” katanya.
- Sampul raya SIRIM QAS tarik perhatian ramai
- Wanita maut terjatuh dari tingkat 11 hospital, doktor tersilap cabut gigi sihat
- Cuba rakam video lucu, tangan wanita tersekat dalam mulut teman lelaki
- Aaron minta segera siasat video tular wanita dayak dimaki
- Peniaga tak berlesen mengamuk barang niaga disita penguat kuasa
Tidak dapat menerima sikap acuh tak acuh itu, wanita berkenaan terus meminta kawannya keluar dari rumah. Rakannya pula mendakwa dia tidak sengaja dan menyangka ia bukan satu isu besar. Namun bagi wanita berkenaan, perbuatan seperti itu tidak boleh dibiarkan.
“Tak kisahlah sengaja atau tak, bila seseorang bertindak kasar terhadap haiwan yang tak bersalah, saya tak boleh terima. Kucing saya takut sangat waktu tu.”
Selepas kejadian, rakannya mula menyebarkan cerita kepada kenalan lain dan mendakwa dia dihalau ‘kerana hal remeh’. Namun ramai kenalan menyokong tindakan wanita itu, malah ada yang berkata mereka memang tidak selesa dengan cara rakan tersebut melayan haiwan.
Dalam komen di Reddit, rata-rata pengguna menyokong tindakan wanita itu.
“Kalau depan awak pun dia boleh buat macam tu, bayangkan bila awak tak ada,” kata netizen.
Seorang lagi netizen menulis, “Sesiapa yang sanggup buat begitu terhadap makhluk yang lemah, memang tak patut diberi kepercayaan.”
The post Wanita halau kawan selepas kucing peliharaannya ditolak jatuh dari sofa appeared first on The Reporter.




