
Tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang wanita hamil mengeluh kerana tiada siapa yang bersimpati dengan dirinya.
Dalam video itu, dia dilihat berdiri sambil memegang pinggan berisi ‘cucuk-cucuk’ steamboat dengan keadaan orang ramai di sekelilingnya.
Kata wanita ini, orang Malaysia langsung tiada perasaan belas kasihan kerana tiada siapa yang menawarkan tempat duduk atau keutamaan ketika beratur.
Entahlah. Tak tahu nak cakap macam mana sebab banyak perkara boleh diulaskan. Sebagai contoh :
1. Mana suami dia?
2. Kenapa pergi makan di tempat ramai orang sampai kena beratur?
3. Tak semua orang tahu beza antara orang pregnant dan berbadan besar.
Tu contoh. Pendapat korang? pic.twitter.com/ml0sTQUzQy
Wanita ini membandingkan keadaan di luar negara di mana ibu mengandung sepertinya akan diberikan layanan istimewa.
POV: Kamu seorang wanita hamil di Malaysia. Langsung tak ada budi bahasa juga tak ada simpati. Saya semestinya sudah dapat ‘pass’ barisan atau diberikan kerusi untuk duduk jika ini di luar negara. Saya sayang Malaysiaku.
Namun, perkongsian wanita ini mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat. Netizen mempersoalkan di mana suaminya dan mengapa dia sanggup bersesak di tempat sebegitu.
Apa pendapat korang pula?
Kredit: Aplikasi X Cikgu_Anep

