Wanita Hamil Terpaksa Tahan Sakit ‘Bleeding’ Dalam Kereta, Van Pula Sengaja Halang Lorong Kecemasan

3 Nov 2022 • 12:55 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siapa tak sakit hati bila kita terpaksa sabar dengan kesesakan lalu lintas tapi ada pula segelintir pemandu yang pentingkan diri, sesuka hati lalu lorong kecemasan. Situasi ini membuatkan pemandu lain rasa tak puas hati dan juga pemandu yang menghalang laluan berkenaan untuk sukarkan pemandu degil ini lalu.

Bagaimanapun, lain pula situasi yang dialami seorang wanita yang sarat mengandung selepas terpaksa menahan sakit dalam kereta ketika semasa dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuantan, Pahang.

Semua bagi laluan tapi tiba-tiba van halang

Keadaan menjadi semakin cemas bila wanita itu berasa tak selesa di bahagian perut dan mendapati berlaku pendarahan. Disebabkan risau dengan keadaan bayi dalam kandungan, suaminya ambil keputusan untuk lalu lorong kecemasan dan membuka lampu kecemasan.

Pada awalnya, semua kenderaan memberikan laluan tetapi ada sebuah van menghalang laluan menyebabkan mereka terpaksa masuk ke laluan biasa yang sedang sesak.

Kandungan dalam keadaan baik

Tiba di hospital, doktor mengesahkan kandungan dalam keadaan baik dan pendarahan berlaku hanya kerana komplikasi geseran uri.

Rata-rata netizen mengucapkan rasa syukur dan melihat situasi ini berlaku kerana terlalu ramai yang salah guna lorong kecemasan menyebabkan orang sudah tidak percaya dan beri laluan kepada mereka yang betul-betul dalam kecemasan.

image is not available

Tak pernah halang kereta lalu sebab taknak menyesal

image is not available

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media