Wanita hidap kanser rayu bantuan jalani kemoterapi

LocalHealth & Fitness
17 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita hidap kanser rayu bantuan jalani kemoterapi

JOHOR BAHRU: Seorang ibu tiga anak yang menderita barah payudara tahap empat merayu bantuan orang ramai bagi membolehkannya menjalani rawatan kemoterapi dengan teratur.

Noor Diana Hashim, 47, berkata, kanser dihidapinya itu telah merebak ke bahagian hati, paru-paru, tulang belakang dan tisu.

Menurutnya, dia didiagnos menghidap kanser payudara tahap dua pada 2020 seterusnya menjalani rawatan kemoterapi dan pembedahan.

“Suami saya, Zek Ayry Khan Zarak Khan, 47, pula menghidap kanser pangkal hidung yang menyebabkannya tidak mampu berjalan pada 2023.

“Keadaan itu menyebabkan suami tidak lagi mampu beker­ja dan saya dibantu oleh anak mengambil alih tugas mencari sumber pendapatan.

“Bagaimanapun, tiga bulan lalu, sel kanser pada badan saya semakin teruk dan disahkan berada di tahap empat, ia mula me­rebak ke hati, paru-paru, tulang belakang dan leher,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Kempas di sini.

Turut hadir Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam yang menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada pasa­ngan suami isteri itu.

Menurut Noor Diana, dia ti­dak mampu bergerak dan ha­nya terbaring atas katil, selain ter­paksa bergantung kepada tangki oksigen dan memakai lampin dewasa setiap masa.

Katanya, dia baharu saha­ja menjalani pembedahan lim­fe­dema di tangan kiri yang membengkak dan tidak dapat dige­rak­kan pada minggu lalu.

“Kesan daripada sel kanser itu menyebabkan saya sukar bernafas. Saya sepatutnya boleh berjalan tetapi apabila menggerakkan badan, paru-paru terasa seperti ditekan, macam ada tiga tong gas yang menghempap saya,” katanya.

Katanya, keadaannya ketika ini sangat lemah dan perlu menjalankan rawatan kemoterapi dalam kadar segera.

“Apabila dirujuk ke hospital kerajaan, rawatan itu tidak dapat dilakukan kerana terdapat gejala lain,” katanya. – UTUSAN

The post Wanita hidap kanser rayu bantuan jalani kemoterapi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved