Wanita Hilang Ditemui Selamat, Kembali Melawat Suami Di Wad Hospital

5 Jan 2026 • 9:47 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat.

Menurut laporan BH Online, Nurul Nazla Abdul Halim, 41, dilaporkan kembali ke hospital berkenaan dan bertemu semula dengan suaminya sekitar jam 6.30 petang Ahad.

Wanita hilang ditemui selamat

image is not available

Foto: Medoa sosial

Adiknya, Nurul Nadia memaklumkan, khabar mengenai penemuan kakaknya itu disampaikan kepada ahli keluarga oleh abang ipar mereka.

“Alhamdulillah, kakak saya sudah ditemui dalam keadaan selamat dan dia datang ke wad hospital petang tadi (semalam).
“Kami sekeluarga setakat ini tidak mengetahui dia pergi ke mana dan memberi ruang kepadanya,” kata Nurul Nadia yang turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan keselamatan kakaknya.
image is not available

Foto: Media sosial

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol mengesahkan wanita terbabit ditemui dalam keadaan selamat.

Sebelum ini, media melaporkan pihak polis sedang mengesan seorang wanita tempatan yang dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi usai melawat suaminya di Hospital Shah Alam, kelmarin.

Sumber: BH Online (Norzamira Che Noh)

The post Wanita Hilang Ditemui Selamat, Kembali Melawat Suami Di Wad Hospital appeared first on Borak Daily.