Wanita hilang selamat pulang ke rumah

8 Nov 2024 • 4:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian

KUANTAN - Seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar ke sebuah kedai perkakasan di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Taman Dato Rashid di sini Rabu lalu selamat pulang ke rumah pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Tengku Nor Falihin Tengku Izlan Shah, 34, disedari berada di rumahnya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, mangsa sebelum ini dilaporkan hilang selepas gagal pulang ke rumah setelah keluar ke kedai perkakasan dengan kebenaran ibunya kira-kira jam 6 petang, Rabu lalu.

"Kehilangan mangsa dilaporkan jam 11.55 malam hari yang sama.

"Pihak keluarga berusaha mencari dengan bantuan penduduk di kawasan berhampiran namun mangsa gagal ditemui," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved