Wanita hina Islam di kelab komedi direman tiga hari

10 Jul 2022 • 4:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan reman seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, suspek direman selama tiga hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam di sebuah kelab komedi telah ditangkap. Suspek direman selama tiga hari bermula 10 (Ahad) hingga 12 Julai (Selasa).

"Buat masa sekarang suspek ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu Sinar Harian melaporkan PDRM telah menerima laporan selepas satu klip video berdurasi 54 saat memaparkan persembahan suspek di mana perbuatannya didakwa menghina agama Islam.

Sebelum itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dilaporkan telah terkesan klip video berkenaan dan telah menjalankan siasatan awal berhubung perbuatan suspek dalam persembahan berkenaan.

Video yang tular di media sosial itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila suspek yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum menanggalkan pakaiannya yang menutup aurat dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved