Wanita Indonesia Cadang Kerajaan Tiru ‘Style’ Anwar Ibrahim Tadbir Negara

LocalPolitics
28 Jul 2025 • 4:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia anwar Ibrahim

Satu video seorang wanita Indonesia tular di media sosial selepas beliau secara terbuka memuji pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan menyatakan rasa kagum dengan perubahan positif yang berlaku di negara ini.

Menurut X, wanita itu berkata yang Indonesia sebenarnya mampu menjadi lebih maju sekiranya mempunyai kepimpinan yang jujur dan bijak seperti PMX.

Semua ini boleh dicapai dengan adanya kepimpinan yang jujur dan bijak, iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wanita puji Malaysia bawah pimpinan Anwar Ibrahim

image is not available

Dalam videonya, wanita itu membandingkan beberapa aspek antara Malaysia dan Indonesia, antaranya:

  • Harga minyak Malaysia lebih murah berbanding di negaranya.
  • Gaji minimum yang lebih tinggi.
  • Kadar tol tidak dinaikkan.
  • Diskaun 30% barangan keperluan diumumkan kerajaan.

Beliau turut menyentuh soal penurunan inflasi, peningkatan peluang pekerjaan dan pengurangan kadar pengangguran di Malaysia hasil inisiatif kerajaan PMX.

Bukan nak bandingkan, tapi untuk diambil iktibar 

image is not available

Wanita itu menjelaskan bahawa niatnya bukan untuk memperlekehkan Indonesia, sebaliknya mahu rakyat belajar daripada kejayaan negara jiran.

Ambil yang bagus dan belajar daripada kesalahan. Semoga Indonesia menjadi lebih sejahtera dengan meniru negara-negara jiran yang berjaya seperti Malaysia.

Pssttt! Kadang-kadang, yang luar lebih nampak apa yang kita sendiri terlepas pandang. Hargai perubahan yang ada, dan teruskan beri tekanan sihat untuk kebaikan semua.

Kredit: X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.