Wanita Indonesia Dakwa Dilayan Kasar, Dibedah Tanpa Persetujuan Di Hospital Swasta Malaysia

LocalHealth & Fitness
16 Jan 2026 • 4:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita warga Indonesia tampil mendakwa menjadi mangsa kecuaian doktor perubatan selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Malaysia tanpa persetujuan bertulis, selain menerima layanan kasar daripada petugas perubatan.

Wanita Indonesia dakwa dilayan kasar

Menurut wanita itu, dia mengalami kesakitan sangat teruk sebelum dibawa masuk ke bilik pembedahan, namun mendakwa aduannya diabaikan oleh doktor yang bertugas.

image is not available

Malah, dia mendakwa kesakitannya dipandang remeh apabila dilabel sebagai ‘manja’ walaupun keadaannya semakin kritikal.

“Saya menjerit beritahu doktor sakit, sangat sakit, lebih sakit daripada pembedahan caesarean. Tapi saya diabaikan,” dakwanya menerusi sebuah video tular di akaun TikTok, @drrichardlee baru-baru ini.

Malah, mangsa turut mendakwa dia dibawa masuk ke bilik pembedahan dalam keadaan separa sedar dan tidak mengetahui prosedur yang akan dilakukan ke atas dirinya.

Dia kemudiannya dimaklumkan bahawa pembedahan pada bahagian perut sepanjang kira-kira 30 sentimeter telah dilakukan tanpa sebarang surat persetujuan ditandatangani.

“Saya tidak pernah menandatangani surat persetujuan pembedahan. Ketika itu, jururawat memegang kedua-dua tangan saya dan doktor menyuruh saya jangan bergerak,” dakwanya kesal.

Artikel lain: Rakyat Indonesia Paling Bahagia Di Dunia! Prabowo Luah Rasa Terharu, Kalahkan 200 Negara Lain

image is not available

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan mendakwa dia turut menerima layanan kasar dan kata-kata berunsur angkuh daripada doktor selepas pembedahan dilakukan.

“Apabila saya tanya kenapa saya tidak boleh bangun, doktor jawab dengan sombongnya, katanya saya patut bersyukur kerana masih hidup dan diselamatkan,” dakwa wanita itu lagi.

Dakwaan tersebut mencetuskan kecaman rakyat Malaysia, selain menimbulkan persoalan serius mengenai etika perubatan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam sistem kesihatan.

Bagaimanapun setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak hospital berhubung dakwaan terbabit.

Sumber: TikTok @drrichardlee

The post Wanita Indonesia Dakwa Dilayan Kasar, Dibedah Tanpa Persetujuan Di Hospital Swasta Malaysia appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved