Wanita Ini Kongsi ‘Keajaiban’ Daun Gelenggang Sebagai Penyembuh Rawatan Kulit

10 Sep 2023 • 12:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Duan gelenggang alternatif rawatan penyakit kulit

Wanita Ini Kongsi ‘Keajaiban’ Daun Gelenggang Sebagai Penyembuh Rawatan Kulit. Daun gelenggang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional sebagai satu rawatan alamiah untuk pelbagai masalah kulit.

Baru-baru ini, seorang wanita di media sosial telah berkongsi pengalamannya menggunakan daun ini, dan keberkesanannya telah mengejutkan netizen.

Daun gelenggang yang lebih dikenali sebagai daun Senna adalah dari pokok herba tumbuhan renek dengan ketinggian 1 – 1.5 meter.

image is not available
Wanita Ini Kongsi ‘Keajaiban’ Daun Gelenggang Sebagai Penyembuh Rawatan Kulit. Kredit: Google

Pokok ini dikatakan tumbuh meliar di kawasan semak dan belukar kecil di pinggir jalan.

Kegunaan daun pokok gelenggang memang telah diketahui merupakan tumbuhan ubatan untuk penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab.

Ini kerana kandungan kimia yang ada pada daun gelenggang adalah amat sesuai mengubati penyakit kulit.

image is not available
Kredit: Facebook

Oleh itu, seorang individu di Facebook telah memulakan sebuah ‘eksperimen’ dengan daun gelenggang setelah sekian lama mencari penyelesaian untuk masalah ekzema yang dialami oleh anak beliau.

image is not available

Menerusi hantarannya, daun tersebut dikisar kering dan dilumurkan ke kawasan kulit yang terjejas. Ulang langkah yang sama beberapa dan pastikan konsisten.

image is not available

Selepas tiga ke lima hari mengamalkan daun gelenggang, beliau berpuas hati dengan hasil daripada kaedah tradisional tersebut.

Untuk masalah yang lebih serius, daun gelenggang juga boleh direbus dan airnya digunakan sebagai mandian.

Baca lagi artikel menarik: