Wanita ini kongsi tip urus wayar berselirat di kabinet TV guna tiga bahan. Mata tak sakit, ruang pun tersusun kemas!

Design
1 Sep 2022 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MEMANG sakit mata dibuatnya setiap kali melihat wayar berselirat di belakang kabinet televisyen.

Bagi yang ada anak kecil, kita bimbang kalau mereka bermain wayar tersebut dan timbul pula masalah lain.

image is not available

Sebenarnya, tidak susah pun jika mahu menjadikan ruang berkenaan kelihatan teratur, kemas dan cantik.

Ada cara yang mudah dan menjimatkan melalui pengurusan kabel di bahagian TV (cable management area TV).

Perkongsian tip yang dimuat naik oleh Dila Akashah menerusi page Kelab Kaki Deko memang menarik. Simple sahaja kaedahnya, tetapi sangat membantu.

image is not available

Bayangkan, hanya menggunakan tiga barang sahaja. Mudah bukan?

“Saya mahu kongsikan cara untuk menguruskan kabel TV yang cukup mudah dengan kos di bawah RM10 sahaja,” ujar Dila menerusi kapsyennya.

Tiga bahan utama yang digunakan adalah seperti berikut:

image is not available

Cara membuat juga cukup mudah. Begini caranya:

1. PVC case boleh dibeli di kedai hardware, cable tight dan double sided tape. Lebih mudah, beli di Mr DIY.

image is not available

2. Ikat wayar dan lekatkan PVC case pada mana-mana tempat yang sesuai. Pastikan anda membuat lubang sedikit di bahagian PVC case untuk memudahkan keluar masuk wayar. Lebihan wayar boleh jika disorokkan di dalam ruang tersebut.

image is not available

3. Menurut Dila, Wifi router juga dimasukkan di ruangan berkenaan. Ini bagi mengelakkan sakit mata melihat wayar bersepah. Modem pulak diletakkan di dalam kabinet TV. Tambah beliau, cara tersebut setakat ini tidak menjejaskan kelajuan internet walaupun ketika itu anda berada di dalam bilik.

image is not available

4. Siap.

Menarik juga idea yang dikongsikan ini kan? Sesuai sangat diaplikasi oleh anda yang mempunyai anak kecil yang sudah pandai meneroka ruang di dalam rumah.

Jika dibiarkan, risau nanti lain pula jadinya, lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan barangan elektrik. Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

View Original Article