Wanita ‘Jadian’ Minta Bekas Kekasih Pulangkan Semula Testikel

11 Aug 2023 • 4:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita transgender yang dikenali sebagai Brianna Kingsley dari Michigan meminta agar bekas kekasihnya, William Wojciechowski memulangkan kembali buah zakarnya yang telah dibuang dalam sebuah pembedahan.

Menurut laporan Kosmo, Kingsley mendakwa Wojciechowski menyimpan bahagian organnya di dalam balang dan diletakkan di dalam peti ais bersebelahan telur.

image is not available

“Tuntutan pemulangan segera spesimen organ milik saya dengan ganti rugi sebanyak AS$6,500 (RM29,727),” demikian menurut dakwaan yang difailkan di Mahkamah Daerah Pontiac, minggu lepas.

Bagaimanapun, Wojciechowski memberitahu dia mahu menggunakan dakwaan yang dikemukakan Kingsley sebagai bukti bahawa plaintif selama ini mengganggunya sejak mereka berpisah lapan bulan lalu.

Bukan itu sahaja, Kingsley turut mengancam keselamatan Wojciechowski yang sering hadir ke tempat kerjanya sebelum ini dan disebabkan itu, dia mendapat surat perlindungan daripada mahkamah.

image is not available

Ia bermaksud Kingsley tidak dibenarkan daripada membeli senjata api serta menegah transgender itu daripada berhubung dengan Wojciechowski secara peribadi, pihak ketiga atau media sosial.

Sumber: Kosmo!

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved