
Wanita Warga India yang terjatuh ke dalam lubang benam di sekitar Masjid India pagi tadi dipercayai dihanyutkan oleh arus deras bawah tanah.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan setiap tindakan yang diambil perlu dirancang untuk keselamatan semua kerana perlu mengambil kira termasuk faktor keadaan gas di bawah tanah.

Saya difahamkan ada aliran air yang deras sampai ke hujung sana dan kita dah cover tengok sampai ke hujung tetapi tidak jumpa.
Saya dimaklumkan jika kita buat penutupan dikhuatiri mungkin akan berlaku banjir di lokasi.
Oleh yang demikian, operasi SAR tetap diteruskan menggunakan jengkaut walaupun keadaan hujan lebat di tempat kejadian petang tadi.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: – Harian Metro



