Wanita Jepun Nak Bawa Salji Balik Ke Malaysia, Tapi Cair Sebelum ‘Terbang’ [Video]

LocalTravel
28 Jan 2025 • 10:26 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Bagi mereka yang belum pernah merasai sendiri pengalaman berada di negara bersalji, pastinya ia tersenarai dalam salah satu ‘bucket list’.

Walaupun orang kata suhunya lebih ‘beku’ dari peti ais, tetapi nak juga merasa sekali seumur hidup, betul tak?

Namun hanya kerana mahu memberikan pengalaman ini kepada mereka yang belum pernah merasainya, siapa sangka seorang gadis dari Jepun terfikir untuk membuat sesuatu di luar jangkaan seperti mana yang tular dia media sosial.

Wanita Jepun Cuba Bawa Balik Salji Dari Hokkaido Ke Malaysia

Menerusi video dimuat naik di laman Instagram miliknya (@sanana_05), wanita dari Jepun yang melancong ke Hokkaido cuba untuk membawa balik semangkuk salji ke Malaysia.

Namun apakan daya, perbezaan suhu yang sangat ketara iaitu dari negara bersuhu -5 darjah Celcius ke 32 darjah Celcius membuatkan salji tersebut mula mencair.

Tetapi jika dilihat dalam video tersebut, salji itu sebenarnya sudah mencair di dalam kereta api Hokkaido oleh kerana suhunya yang agak suam.

image is not available
Sumber: Instagram @sanana_05

Namun ia mula mencair sepenuhnya semasa tiba di Lapangan Terbang Hokkaido, katanya belum melalui pemeriksaan kastam lagi.

Memetik sumber WeirdKaya, wanita dikenali sebagai Sana itu sebenarnya berhasrat mahu membawa salji berkenaan kepada rakan-rakannya di Malaysia yang belum berkesempatan merasainya sendiri.

Meskipun tidak berjaya membawa pulang salji dari Hokkaido, tapi sememangnya niatnya itu pun sudah memadai.

Ramai Terhibur Lihat Aksi Wanita Ini Mahu Bawa Pulang Salji Dari Jepun

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur selepas melihat kegigihan wanita berkenaan yang cuba untuk ‘terbangkan’ salji itu ke Malaysia.

Malah, keadaan salji yang sudah mencair di Jepun membuatkan netizen tidak dapat menahan ketawa.

“Jangan risau, salji tu ada je dengan awak tapi dalam bentuk air lah,” ujar pengguna media sosial.

Pada masa yang sama, seorang netizen pula berkata ia mungkin petanda kepada gadis berkenaan untuk melancong lagi ke Hokkaido.

Di sebalik itu, ada juga pengguna media sosial yang mempersoalkan sama ada wanita terbabit tidak tahu yang salji boleh mencair.

“Awak tahu tak salji boleh cair? Kenapa tak bawa balik matahari?,” kata netizen.

image is not available
Sumber: Instagram @sanana_05

Rakyat Malaysia Suka Dengan Salji

Semasa sambutan Krismas pada tahun lalu, banyak premis membeli-belah yang menyediakan hiasan unik untuk menarik lebih ramai pengunjung seperti adanya salji palsu yang diperbuat daripada buih sabun.

Kemeriahan itu juga membuatkan situasi di hadapan pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur tular kerana sesak dengan orang ramai yang mahu merasai salji palsu.

Nak bergerak pun sesak ya kerana mempunyai jarak yang sangat dekat antara satu sama lain. Sampai kena ada pihak berkuasa yang mengawal orang ramai.

Lebih membimbangkan, ada juga yang dilihat membawa anak kecil dan cuba untuk melalui kawasan tersebut.

Source: