Wanita Kahwin Kali Ke-15 Dengan Jejaka 22 Tahun

LocalLifestyle
3 May 2026 • 11:34 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Wanita Kahwin Kali Ke-15 Dengan Jejaka 22 Tahun

JAKARTA – Seorang wanita di Bone, Sulawesi Selatan mencuri perhatian pengguna media sosial selepas mendirikan rumah tangga buat kali ke-15, lapor Tribunnews.

Wanita dikenali sebagai Fina Marfina, 46, kali ini memilih jejaka berusia 22 tahun sebagai suami terbaharu.

Menurut Fina, perkahwinan-perkahwinannya sebelum ini berakhir dengan pelbagai kisah, termasuk perceraian dan juga kematian pasangan.

“Ya, betul. Ini perkahwinan saya yang ke-15.

“Ada yang berpisah, ada juga yang meninggal dunia,” katanya ketika ditemu bual.

Hasil daripada perkahwinan terdahulu, Fina mempunyai seorang anak bersama suami ketiganya yang kini berusia 12 tahun.

Ketika ditanya mengenai ‘rahsia’ sehingga mampu berkahwin sebanyak 15 kali, Fina mengakui tiada sebarang petua khusus.

“Tiada rahsia,” ujarnya ringkas.

Kenal Di Tempat Kerja

Dalam pada itu, Fina memaklumkan dia mengenali suami baharunya di tempat kerja sebelum hubungan mereka berlanjutan ke fasa perkahwinan.

“Kenal di tempat kerja dahulu. Dia seorang lelaki bujang,” katanya.

Difahamkan, Fina menerima mas kahwin sebanyak 4 juta rupiah (kira-kira RM916).

Perkongsian kisah wanita itu kini tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. – The Malaysian Update

The post Wanita Kahwin Kali Ke-15 Dengan Jejaka 22 Tahun appeared first on The Malaysian Update.

View Original Article