Wanita Kantoi Sanggup Gigit Kabel Demi Curi Iphone ‘Display’ Kedai

4 Sep 2023 • 3:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Aksi terkantoi oleh kamera CCTV

Wanita Kantoi Sanggup Gigit Kabel Demi Curi Iphone ‘Display’ Kedai. Seorang wanita ditangkap kerana mengigit kabel antikecurian bagi melarikan sebuah telefon pintar berharga 7,000 yuan (RM4,480) di sebuah kedai telefon di China.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, wanita bernama Qiu, dari wilayah Fujian itu ditahan polis 30 minit selepas meninggalkan premis tersebut.

image is not available
Wanita Kantoi Sanggup Gigit Kabel Demi Curi Iphone ‘Display’ Kedai. Kredit: Kosmo

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan Qiu berhenti di hadapan meja pameran telefon pintar sebelum memegang sebuah peranti iPhone 14 Plus.

Selepas memeriksa peranti itu, dia menggigit kabel keselamatan beberapa kali dan memasukkan telefon tersebut di dalam begnya sebelum melarikan diri.

image is not available

Pengurus kedai, Wang, berkata, sebuah penggera berbunyi semasa kecurian berlaku namun, kakitangan tidak menyedari kehilangan telefon itu sehingga mereka menemui kabel yang putus akibat digigit, selain sebuah telefon pintar disahkan hilang.

image is not available

Polis kemudian berjaya mengesan lokasi Qiu dan menahan wanita itu untuk siasatan lanjut.

Baca lagi artikel menarik: