Wanita Kecewa Momen Sambut Hari Jadi Bersama Keluarga ‘Rosak’ Gara-Gara Ada Grup Di Meja Lain Buat Bising [Video]

25 Aug 2022 • 4:02 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
kecewa sambutan hari jadi bersama keluarga terganggu sebab bunyi bising

Aktiviti berkumpul bersama rakan-rakan dan keluarga sememangnya menyeronokkan, lebih teruja lagi apabila kita sudah lama tidak berjumpa antara satu sama lain.

Oleh itu, terlalu banyak perkara yang hendak disembangkan namun dalam kegembiraan itu kita juga perlu berhati-hati agar bunyi yang dikeluarkan tidak menganggu orang sekeliling khususnya jika di tempat awam.

Kecewa sambutan hari jadi bersama keluarga terganggu dengan bunyi bising

Terbaru, tular satu video yang menunjukkan seorang wanita yang kecewa apabila momen sambutan hari jadinya bersama keluarga dikatakan terganggu gara-gara bunyi bising.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok, @Iraraaraaa97 dia menunjukkan momen dia sedang membuka hadiah yang diberikan oleh ahli keluarga.

Namun apa yang tidak menyenangkan, di dalam video itu kedengaran bunyi bising dari orang sekeliling yang sedang berbual dan bergelak ketawa khususnya dari meja sebelah yang diduduki oleh sekumpulan wanita.

Terpaksa cakap kuat-kuat sebab tak dengar

Disebabkan itu, wanita yang sedang membuka hadiah itu terpaksa bercakap sedikit kuat kerana suaranya ditenggalami bunyi bising tersebut.

Dia dalam masa yang sama turut menyatakan dirinya tidak kisah jika mahu bising tetapi kumpulan itu sepatutnya menghormati keluarganya yang turut berada di situ.

“Apa perasaan korang bila tengah family time dengan keadaan bising-bising macam tu, saya tak kisah kak memang kedai makan boleh bising tapi hormatilah dekat keluarga saya tu.

“Kita orang nak cakap pun sampai tak dengan suara satu sama lain. Terima kasih sebab rosakkan hari jadi saya,” tulis wanita itu di dalam kapsyen.

Bunyi bising buat ramai turut berasa geram

Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian orang ramai apabila mereka berasa geram dengan bunyi bising yang datang daripada meja tersebut.

Ada juga yang memberi nasihat tidak salah jika mahu bergembira tetapi perlulah melihat pada tempatnya.

“Dekat belakang tu bising betul la, dia orang sesuai pergi picnic luar kafe tu”

image is not available

“Duduk dekat masing-masing tapi borak macam duduk bangunan lain”

image is not available

“Abang dekat belakang tu nampak stress je dengan ‘bawangs'”

image is not available