![Image from: Wanita Kecewa & Persoal Baby Dikira 1 Pax Di Rembayung, KA Tampil Beri Penjelasan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Wanita-Kecewa-Persoal-Baby-Dikira-1-Pax-Di-Rembayung-KA-Tampil-Beri-Penjelasan--800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewanya apabila dia mendakwa staf kedai makan Rembayung mengira seorang bayi sebagai satu kepala (1 pax).
Oleh disebabkan kekeliruan itu, adik-beradiknya yang tiba sedikit lewat dari Singapura tidak dibenarkan untuk memasuki premis tersebut kerana pax sudah mencukupi.
Walaupun wanita itu menawar untuk menukar (swap) pax nya dengan si adik, namun dia mendakwa pekerja di sana masih tidak membenarkannya.
View on Threads
Keselamatan Bayi & Anak Kecil Asbab Utama SOP Bayi Dikira Sebagai 1 Pax Dilaksanakan
Cakna dengan aduan serta perdebatan ramai, influencer terkenal yang juga pemilik Rembayung, Khairul Aming telah tampil menjelaskan tentang kepentingan dia menetapkan SOP (Prosedur Operasi Standard) tersebut, iaitu seorang bayi dikira sebagai satu (1) pax di Rembayung.
Jelasnya, asbab utama adalah untuk menjaga keselamatan bayi serta anak kecil selain untuk menyediakan persekitaran yang selesa kepada para pelanggan yang lain. Jelasnya, sepanjang enam bulan beroperasi, pelbagai kes telah berlaku melibatkan keselamatan pelanggan dan bayi yang makan di sana.
Pempengaruh masakan itu mengakui bahawa bayi tidak makan nasi sekaligus mengakibatkan peraturan bayi dikira sebagai pax itu menyebabkan kerugian kepada ibu bapa.
Namun, disebabkan laluan staf untuk menghantar makanan di restoran berkenaan adalah terhad, KA menjelaskan bahawa meletakkan kerusi bayi (baby chair) di penjuru meja makan adalah tidak wajar.
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Bakal Buka Restoran Pertamanya, Rembayung Dengan Kos RM4 Juta Di KL [Video]
Mana Nak Parking Stroller Jika Ibu Bapa Bawa Ramai Bayi? – Khairul Aming
KA yang juga Pengusaha Sambal Nyet Berapi itu berkata sekiranya bayi itu dikira sebagai pax, pihak restoran akan mengeluarkan satu kerusi pada meja makan dan menggantikannya dengan kerusi bayi tanpa mengganggu laluan pekerja menghantar makanan yang panas kepada pelanggan.
“Katakan ada empat orang parents datang dan bawa dua bayi dalam stroller yang sedang tidur, persoalannya mana kita nak parking stroller tersebut.
“Kalau KA letak dekat tengah-tengah laluan tu, bayangkan lauk pauk panas yang nak lalu dengan air dalam cawan kaca tumpah kena dekat stroller dan kena baby, itu akan ada isu keselamatan.
“Sebab tu KA minta baby dikira sebagai pax supaya kita boleh keluarkan kerusi dan letak stroller ke dalam supaya baby dan ibu bapa boleh makan dengan selesa dan selamat,” jelasnya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Mula Beri Review, Puji Makanan & Harga Makanan Di Rembayung
Kenapa Pelanggan Rembayung Tak Dibenarkan Untuk Riba Bayi?
Mengulas mengenai persoalan mengapa ibu bapa tidak boleh meriba bayi, Khairul Aming berkata dia pernah membenarkan perkara itu, namun kesudahannya, segelintir pelanggan mengambil kesempatan dengan meriba kanak-kanak yang sudah mencecah hingga tiga tahun yang bukan lagi dikategorikan sebagai bayi.
“Bila parents pikul anak-anak lebih lagi yang dah tiga empat tahun ni, ragam diorang tak sama (macam bayi), diorang tak boleh duduk diam dekat situ dan akan tolak lauk panas dan gelas kaca yang ada dekat situ dan akan jadi isu keselamatan yang boleh cederakan bayi dan anak-anak,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Rembayung Tawar ‘Kids Meal’, Khairul Aming Terima Pujian Ramai
Ada Pelanggan Tuduh KA & Staf Rembayung Biarkan Bayi Berpanasan Di Luar Premis
Dalam masa sama, Khairul Aming juga mendedahkan ada pelanggannya sebelum ini menuduhnya dengan sengaja membiarkan bayi berpanasan di luar.
Sedangkan realiti sebenar, ibu bapa itu sendiri yang dikatakan menawarkan diri untuk membawa anak kecil ke luar bagi membolehkan pelanggan dewasa menjamu selera di dalam restoran.
Dalam realiti, apa yang terjadi, naratif itu dipusing (spin), kita pernah ada kes sebelum ni di mana parents tu buat keputusan, yang dewasa duduk dekat dalam tapi bayi duduk dekat luar, di mana ada ibu bapa yang (lain) jaga. Tapi bila (pelanggan tu) dah balik rumah, dia muat naik hantaran dekat Threads, dia kata ‘Sampai hati Khairul Aming dan staf Rembayung biarkan bayi dekat luar tengah panas. Sampai ibu bapa kena tukar keluar masuk jaga bayi.’ Sekali lagi, bayi tak tahu pun apa yang terjadi. Bayi patut duduk dekat dalam, di mana ada aircond dan kipas yang selesa. Yang patut mengalah adalah orang dewasa dan bukannya kanak-kanak.
Saya Tak Untung, Saya Rugi Sales Selepas Laksanakan SOP Bayi Dikira 1 Pax – Khairul Aming
Menurut Khairul Aming, SOP itu mula dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan Rembayung sentiasa bersikap adil dengan semua pelanggan.
“Saya tak untung pun buat benda ni. Cuba bayangkan, kalau ada 30 ke 50 bayi dalam Rembayung setiap hari, saya dah rugi 30 ke 50 untung jualan yang datang dari pelanggan dewasa yang makan nasi.
“Sebab bayi tak makan nasi pun. Jadi saya lagi rugi ribuan ringgit, tapi saya tetap buat SOP ni sebab saya nak jaga keselamatan bayi dan kanak-kanak. Mungkin di mata orang ramai, saya nampak kejam, tiada empati dan mengarut. ‘Kedai lain boleh buat kenapa Rembayung je buat macam ni’,” jelasnya.
Khairul Aming Mohon Maaf Jika SOP Bayi Ini Buatkan Pelanggan Tak Selesa
Tegas Khairul Aming lagi, demi mengawal ribuan pelanggan dan keselamatan mereka, beliau perlu melaksanakan SOP itu demi menjaga keselamatan ramai.
Di akhir perkongsian, usahawan terbabit juga memohon maaf sekiranya isu itu menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan pelanggan untuk makan di Rembayung.
Baca Artikel Berkaitan: “Restoran KA Ni Tak Lari Pun” – Wanita Dikritik Selepas Persoal Slot Booking Rembayung Dibuka Untuk 7 Hari
Baca Artikel Berkaitan: “Bayar Kopi Aesthetic Tak Bising Pun” – Wanita Tegur Geng Persoal Masakan Melayu Harga High-end
Baca Artikel Berkaitan: Belum Beroperasi Namun Restoran Khairul Aming, Rembayung Sudah Dapat Reviu Negatif Di Google





