
Loya pulak dibuatnya
Wanita Kembang Tekak Terbeli Kurma Berulat Di Pasar Raya Di Sabah. Kejadian yang mengejutkan telah menimpa seorang wanita serta keluarganya ketika mereka bersahur dengan buah kurma. Ketika membuka sekotak kurma yang baru dibeli, mereka dengan terkejut menemui kurma tersebut berulat.
Beliau terkejut mendapati ulat tersebut muncul dari buah kurma yang baru saja dibelinya di sebuah pasar raya berdekatan Putatan, Sabah.

Beliau berkongsi pengalaman pahitnya itu melalui media sosial, menyuarakan kekecewaannya terhadap keadaan buah kurma yang dianggapnya tidak selamat untuk dimakan.
“Dalam kejadian sahur tadi, saya terkejut apabila melihat ulat keluar dari buah kurma yang baru dibeli semalam di Putatan. Inilah yang membuatkan hati saya tidak senang. Mengapa pihak pasar raya menjual produk yang sedemikian rupa? Walaupun tarikh luputnya masih lama iaitu pada 28 Disember 2025,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook pada hari Selasa.
Kejadian ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai mengenai standard keselamatan makanan di pasaran tempatan.
Ia juga mencetuskan keresahan terhadap kualiti dan kebersihan makanan yang dijual kepada pengguna.

