Wanita Kongsi Apa Itu Circadian Rythm Atau Jam Biologi Badan & Kesannya Jika Terganggu

Health & Fitness
23 Jan 2026 • 12:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui setiap individu perlu menjaga kesihatan bukan sahaja melalui pemakanan tetapi keseluruhan gaya hidup seperti aktiviti, penjagaan tidur dan sebagainya.

Ini kerana setiap perkara dan aktiviti yang dilakukan berkait rapat dengan sistem di dalam badan. Sebagai contoh melalui senaman, kita tidak sahaja dapat menguatkan otot tetapi turut memastikan sistem lain seperti hormon untuk berada dalam keadaan baik.

Begitu juga dengan tidur. Mungkin ada segelintir merasakan tidur hanyalah untuk menghilangkan penat namun sebenarnya, tidur juga membantu sistem badan untuk berehat, membina sel baharu dan pelbagai perkara yang berlaku di dalam badan sewaktu anda sedang lena.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Anak Susah Bangun Pagi? Ibu Bapa Boleh Cuba Pendekatan Ini, Insya-Allah Berkesan

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tidur Yang Cukup Rahsia Kecantikan Song Ji Hyo

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya Ini Kesan Pada Otak Sekiranya Tidur & Bangun Lewat [Video]

Wanita kongsi tentang Circadian Rythm

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi mengenai kaitan tidur dengan Circadian Rythm (CR) iaitu jam badan yang meregulasikan fizikal, mental serta perubahan tingkah laku.

Menerusi hantaran dikongsikan Nur Fatehatulain di Threads, awalnya dia bertanya kepada orang ramai adakah pernah seseorang merasai diri terlalu penat sebagai contoh pada jam 3 petang rasa mengantuk, lesu namun pada jam 11 malam otak mula sibuk dan mata segar.

Katanya sekiranya perkara itu berlaku, ia bermaksud CR atau jam biologi anda sedang menunjukkan tanda protes. Bahkan perkara itu adalah tidak bagus khususnya untuk wanita.

Ini kerana badan dikawal oleh orkestra hormon antaranya hormon seperti kortisol dan melatonin.

“Waktu pagi, kortisol kita patut tinggi (tahap) supaya kita bertenaga dan alert. Nak mulakan harikan? Malam, kortisol patut dah turun untuk bagi laluan pada melatonin pula untuk hidup dan baiki sel.

“Tapi kalau kita minum kopi lewat petang atau skrol Threads, Instagram, TikTok sampai lewat pagi, badan kita mula keliru. Kortisol kita meningkat waktu malam,” ujarnya.

image is not available
Foto: Freepik
View on Threads

Jam biologi badan terganggu boleh mengganggu sistem peranakan

Menurut Nur Fatehatulain lagi, apabila jam badan mula terganggu atau lari ia akan membuatkan tidur seseorang menjadi tidak betul.

Bahkan untuk wanita, perkara ini juga boleh mengganggu sistem peranakan.

“Period (haid) kita hormon utamanya estrogen dan progesteron. Estrogen patut tinggi ketika fasa follicular (habis period). Progesterone patut tinggi masa ovulasi, badan wanita bersedia untuk hamil.

“Kalau tiada persenyawaan, progesteron mula rendah, masuk ke kitaran lutheal, untuk bersedia haid dan kemudian period.”

Carian kami menemui satu artikel terbitan Rupa Health platform kesihatan yang menyebut CR juga mempengaruhi penghasilan hormon seks seperti estrogen, progesteron, testosterone, dan gonadotrophins.

Bagi wanita, CR memberi kesan berbeza terhadap hormon seks sepanjang kitaran haid, dengan pengawalan yang teratur berlaku semasa fasa folikular kitaran.

image is not available
Foto: Freepik
View on Threads

Emosi jadi tak stabil kerana hormon progesteron rendah

Jelas Nur Fatehahtulain apabila period terganggu, progesteron akan menjadi rendah serta tidak tentu masa. Ia juga menjadi punca seseorang itu mengalami emosi seperti ketakutan, mudah marah, mood tidak teratur selain sukar untuk tidur.

Katanya lagi, ovulasi juga boleh terganggu apabila badan berada dalam keadaan tertekan dan kortisol tinggi.

Manakala hormon lapar seperti ghrelin pula akan ‘menggila’ dan membuatkan seseorang asyik rasa nak mengunyah makanan manis atau karbohidrat. Semuanya disebabkan jam dalam badan sudah teranggung.

View on Threads

Cara ‘reset’ semula jam biologi badan

Nur Fatehatulain turut berkongsi cara untuk ‘reset’ semula jam di dalam badan dengan perkara yang mudah namun perlu serius dalam melaksanakannya.

Antara cara untuk reset adalah:

  • Cahaya matahari pagi – Di waktu pagi buka langsir atau keluar sebentar untuk mendapatkan cahaya matahari. Selain itu, jika dalam perjalanan ke tempat kerja anda juga mungkin boleh dedahkan kulit sebentar untuk mendapatkan cahaya matahari di waktu pagi. Ia adalah antara butang reset yang ‘power’ untuk jam biologi. Kejutkan jam badan kita dengan cahaya matahari.
  • Berhenti mengambil kafein bermula jam 2 petang – Kefein akan duduk dalam badan untuk tempoh yang lama dan akan mengganggu seseorang mendapatkan tidur yang lena (deep sleep).
  • Ambil makanan tinggi magnesium – Anda juga boleh mengambil pisang atau coklat gelap kerana ia boleh membantu menenangkan ‘nervous system’.
  • Tiada pencahayaan ‘blue light’ satu jam sebelum masuk tidur – Cuba beritahu pada diri untuk berhenti daripada melihat telefon bimbit apabila tiba waktu tidur. Ia juga boleh membuatkan anda lebih mudah untuk tidur.
  • Kejar golden hour (10pm-2am) – Ini adalah waktu yang ‘curcial’ kerana ramai sangka asalkan mendapat tidur 7-8 jam ia sudah cukup. Namun sebenarnya badan perlukan waktu emas ini untuk mendapat ‘deep recovery’ antara jam 10 malam hingga 2 pagi. Jika anda perasa meskipun tidur pada jam 1 pagi dan bagun 7 pagi, anda masih rasa penat dan sukar untuk buka mata. Ia kerana badan tidak cukup ‘recover’ meskipun dah tidur lama kerana terlepas waktu emas.
image is not available
Foto: Pexels
View on Threads

Oleh itu adalah penting untuk kita menjaga waktu tidur agar CR di dalam badan tidak terganggu dan hormon juga lebih baik.

“Kalau korang rasa jantung laju atau berfikir secara berlebihan pada waktu malam, makin lewat malam makin bising dan makin sibuk teringat macam-macam padahal badan penat, ha periksa balik internal clock kita tu,” jelasnya.

Boleh juga buat jadual dan mulakan perubahan dari sekarang

Selain itu, antara cara yang terbaik juga untuk membantu badan anda mempunya internal clock yang baik adalah dengan menyusun jadual. Jadi dari sini anda boleh memaksimakan aktiviti pada siang hari dan tidur tepat pada waktunya.

Nur Fatehatulain turut mengatakan bagi mereka yang mungkin ingin menguruskan badan, tidur adalah penting. Tidur yang tak menentu juga membuatkan berat badan sukar untuk turun.

“Setiap jam tidur kita akan membakar 70 kalori. Kalau tidur 4 jam je, rugi satu hal, hormon tak menentu pun satu hal. Kita punyalah beria jaga makan, jaga senaman, sekali pelaku (masalah utama) dia adalah tidur.

“Mulai esok, set paling lewat 10-11 pm kita dah tidur. Tutup lampu gelap supaya otak kita dapat signal, ia masa untuk tidur.”

View on Threads