
Biasanya kek sinonim dengan rasa manis, coklat, atau buah-buahan tapi lain pula idea seorang wanita ini yang berani mencuba sesuatu di luar kebiasaan iaitu membuat kek sambal petai.
Cipta kek lain dari yang lain
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, wanita tersebut berkongsi proses pembuatan kek unik itu, di mana kek span digantikan dengan nasi, manakala krim pula digantikan dengan sambal.
Bukan saja itu, malah wanita tersebut turut meletak topping beberapa biji petai di atas kek tersebut.
Netizen beri respon positif
Lebih mengejutkan, netizen kebanyakannya memberi memberi respon positif dan menyifatkan kek tersebut kelihatan menarik untuk dicuba.


Bahkan, ada yang berseloroh dengan menyatakan mereka boleh menghabiskan kek sambal petai itu dengan sekelip mata kerana kelihatan menarik.
'Lepak' Di Kedai Kopi, Pak Cik Cina Tegur 'Influencer' - "Ini Tempat Tak Halal, Melayu Tak Datang Sini"
The post Wanita Kongsi ‘Cipta’ Kek Sambal Petai, Netizen Beri Respon Positif – “Kek Mentai Versi Melayu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
