Wanita Kongsi Pengalaman Ngeri Terperangkap Dalam Tempat Simpanan Beg Sebuah Bas

4 Jul 2024 • 8:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
sebuah bas

Seorang wanita berusia 20 tahun berkongsi pengalaman ngerinya ketika menaiki sebuah bas dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru baru-baru ini.

Menurut wanita itu yang memuat naik pengalamannya di aplikasi Xiaohongshu,  dia cuba untuk mengambil barangnya di tempat simpanan beg di bahagian bawah bas namun terperosok terlalu dalam.

Kejadian ni macam sama macam kes seorang pelajar wanita yang terperangkap dan kaki terjulur keluar sampai terseret beberapa kilometer hari tu.

Pintu tiba-tiba tertutup dan buatkannya terus cemas…

image is not available

Dalam keadaan hujan lebat, dia yang pada ketika itu berada dalam tempat simpanan beg mula berasa cemas apabila pintu itu tiba-tiba sahaja tertutup rapat tanpa amaran.

Dia pada mulanya tidak tahu apa yang patut dilakukan dan teringat akan mesej yang dihantar operator bas di aplikasi WhatsApp sebelum itu.

Wanita itu kemudian mula berasa sedikit pening dan risau jika kekurangan oksigen di bahagian simpanan beg itu membuatkan dia pengsan dan keadaan bertambah sukar.

Setelah menghubungi operator bas itu untuk mendapatkan bantuan, dia akhirnya dapat keluar setelah 15 minit terperangkap.

image is not available

Pemandu bas tutup pintu sebab tak sangka akan ada orang dalam tu…

Tambah wanita itu lagi,  pemandu bas berkenaan tidak memohon maaf sebaliknya hanya tersenyum dan memaklumkan dia menutup pintu ‘compartment’ itu kerana merasakan tiada sesiapa yang mengambil beg pada waktu kejadian.

Syarikat bas kemudian dilihat memohon maaf di atas kejadian dan memaklumkan sudah mengambil tindakan terhadap pemandu bas berkenaan.

image is not available

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.