Wanita Kongsi Resepi Ayam Palembang Yang Menggiurkan

FoodCooking
28 Jun 2023 • 5:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Kongsi Resepi Ayam Palembang Yang Menggiurkan

Kalau bercakap mengenai ayam berlauk, semestinya kita akan memikirkan mengenai masakan ayam masak merah, ayam goreng, ayam masak lemak dan ayam masak kari kerana ia merupakan lauk harian yang sering dihidangkan di rumah.

Selain daripada hidangan yang dinyatakan, ramai juga yang akan memilih untuk masak ayam mentega yang menggunakan telur masin. Sebenarnya kalau nak tahu, ada satu lagi hidangan yang boleh dicuba orang ramai.

Pengguna Facebook Qasih Jue Aisya berkongsi mengenai resepi Ayam Palembang, yang dilihat seakan-akan ayam masak kicap. Warnanya sama seperti ayam masak kicap namun, rasanya kemungkinan lebih berlemak.

Jika anda menyukai kelainan, boleh mencuba resepi itu, bahan-bahannya juga mudah untuk didapatkan.

Bagi mengetahui resepi tersebut, sila rujuk perkongsian di bawah ini. Mana tahu kena dengan tekak? Selamat mencuba!

Resepi Ayam Masak Palembang

image is not available
Kredit: Qasih Jue Aisya/Facebook

Bahan-bahan untuk satu ekor ayam

A: Bahan-bahan dikisar

image is not available
Kredit: Qasih Jue Aisya/Facebook

2 biji bawang besar (sederhana)

5-6 ulas bawang putih

Seulas halia

B: Bahan-bahan yang tidak dikisar

Serbuk kunyit

2 -3 tangkai daun kari

1/2 cawan kicap manis

Cili kisar (ikut kepedasan)

2 keping asam keping (besar)

100 ml santan

Minyak

Garam (secukup rasa)

Gula (secukup rasa)

Cara-cara penyediaan

image is not available
Kredit: Qasih Jue Aisya/Facebook

1. Gaul ayam dengan kuynit dan garam. Kemudian goreng hingga setengah masak dan setelah selesai ketepikan ayam itu

image is not available
Kredit: Qasih Jue Aisya/Facebook

2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia sampai naik bau

4. Masukkan cili kisar, tumis sampai pecah minyak

image is not available
Kredit: Qasih Jue Aisya/Facebook

5. Masukkan kicap (kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat)

image is not available
Kredit: Qasih Jue Aisya/Facebook

6. Masukkan daun kari dan tumis sekejap. Seterusnya masukkan garam dan gula secukup rasa

7. Masukkan asam keping, ayam dan masak sehingga ayam empuk

8. Yang terakhir, masukkan santan

Biarkan mendidih dan siap untuk dihidangkan (sekiranya kering, boleh tambah sedikit air)

Sumber: Qasih Jue Aisya/Facebook