
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Perigi, sumur atau telaga ialah sebuah lubang yang digali ke dalam tanah untuk mendapatkan air tanah.
Di zaman dahulu, perigi adalah penting untuk kegunaan harian orang ramai yang ingin mandi, membasuh pakaian dan sebagainya sebelum wujudnya sistem air paip.
Namun kini, perigi atau telaga yang ada kebanyakannya menjadi tinggalan sejarah sahaja, mungkin masih ada beberapa kawasan yang menggunakannya.
Tular makcik tunjuk cara buat perigi mini
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita dari Keningau, Sabah mengajar cara membuat perigi kecil.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @marasadangke, kelihatan wanita terbabit mengorek tanah sehingga terdapat air yang keluar dari bawah tanah tersebut.
Setelah tanah berkenaan digali sehingga mendapat kedalaman dan keluasan yang sesuai, wanita itu kemudiannya meletakkan besen plastik yang telah ditebuk lubang pada bahagian bawahnya agar air berkenaan dapat masuk.

Kemudian, buang air kotor yang ada di dalam besen terbabit sehingga air di dalamnya bertukar menjadi jernih.
Perlu diingatkan, tanah yang sesuai untuk membuat perigi kecil ini hanyalah di kawasan yang terdapat sumber air semula jadi sahaja seperti berdekatan sungai.

Perigi mini berguna ketika waktu tiada air di rumah
Menurut wanita itu, perigi mini yang dibuatnya itu sangat berguna digunakan ketika tiada bekalan air di rumah.
Air yang ada di dalam perigi kecil itu boleh digunakan untuk membasuh pinggan, baju serta mandi.
Video perkongsian wanita itu mengenai cara membuat perigi kecil telah mendapat lebih 610,000 tontonan dan kira-kira 29,500 tanda suka.
Banyak yg chat maci mau minta tutorial buat perigi kecil#semuorangdititok #fypシ゚viral
Netizen puji wanita tak kedekut kongsi ilmu buat perigi kecil
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video itu.
Kebanyakan warga TikTok memberi pujian kepada wanita berkenaan kerana tidak berkira untuk berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat itu.
Korang yang tinggal dekat kawasan ada sumber air semula jadi seperti berdekatan sungai boleh lah cuba buat perigi kecil ni.




