Siapa jer yang tak impikan sebuah majlis perkahwinan yang gah dan akan diingati sampai bila-bila bersama pasangan. Bagaimanapun, luahan seorang wanita yang kecewa dengan tunangnya di Twitter tarik perhatian ramai.
Wanita itu menyatakan rasa bimbangnya kerana tunang terlalu asyik memotong segala kos perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada Oktober nanti.
Dia bimbang tindakan memotong kos itu adalah petunjuk bakal suaminya akan menjadi seorang yang kedekut hingga membuatkan dirinya tidak bahagia.

Apapun, ukurlah baju pada badan sendiri kerana kita tidak mahu wang yang dihabiskan untuk majlis perkahwinan akan menyebabkan kita ikat perut selepas kahwin nanti.
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Bagi keyboard warriors tu elok-elok sikit bahasa tu. Ni bukan dugaan pada dia je tapi bagi kita semua juga.
