Wanita luah syukur, Ardell Aryana hulur RM50 bantu isi minyak kereta pergi hospital

LocalEntertainment
18 Nov 2025 • 3:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Hidayati Hassim meluahkan rasa syukur apabila menerima bantuan kewangan daripada pelakon dan aktivis, Ardell Aryana ketika sedang menghadapi kesempitan hidup.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hidayati di laman Threads, pada awalnya Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin bertanyakan kepada umum apa boleh dibelanjakan sekiranya wang saku hanya berbaki RM20.

Ardell Aryana hulur RM50

image is not available
image is not available

Memberi respon berkaitan persoalan itu, Hidayati berkata wang itu boleh digunakan untuk mengisi minyak kereta bagi memudahkan urusannya ulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas terlibat dalam kemalangan, baru-baru ini.

“Tadi kan aku ada RM49, selepas itu bapa aku nak makan nasi kandar.
“Aku ingat tak mengapa lah, sebab bapa aku nak makan.
“Tengok-tengok hari ini kak Ardell bagi RM50 untuk pergi hospital buat pemeriksaan esok. Terima kasih Ardell Aryana,” katanya.

Artikel lain: Ardell Aryana diugut! Ada pihak tergamak tawar RM5,000 untuk beritahu lokasi

Ardell Aryana hulur RM50

image is not available

Sehubungan itu, Hidayati menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ardell kerana sudi membantunya dan bersyukur segala urusannya dipermudahkan.

“Alhamdulilah kes saya dah discharged walaupun masih 3 batang rusuk belum bersambung. Berkat doa semua, esok pergi klinik ortho pula. Semoga jari kaki ni tak perlu masuk besi,” katanya lagi.

Sumber: Threads @Naila Akarna