Wanita Maut, Adik Parah Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Kepala Batas

31 Jul 2025 • 11:36 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita maut manakala adiknya cedera parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Taman Bertam Perdana, di Kepala Batas pada pagi Rabu.

Seorang wanita maut di tempat kejadian

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira jam 8.37 pagi itu, mangsa, Khirul Mazwan Mustafa, 41, disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala adiknya, Khirul Asmaa Mustafa, 37, mengalami patah kaki kiri.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, Proton Wira yang dinaiki kedua-dua beradik itu dipercayai bertembung dengan kereta Peugeot dipandu lelaki berusia 28 tahun.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kenderaan manakala pemandu Peugeot hanya cedera ringan.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan dan menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Difahamkan, keadaan jalan ketika kejadian licin berikutan hujan lebat. Mangsa yang cedera kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Iskandar Othman)