Wanita Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Lapan Hotel

26 Jun 2025 • 6:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Lapan Hotel

SEREMBAN, 26 Jun (Bernama) — Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Kanan Penguasa Bomba Mohd Kamal Mohd Timar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan wanita berusia 26 tahun itu pada 6.35 petang.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lapan terus ke balkoni tingkat satu hotel berkenaan. Pasukan operasi melakukan kerja penyelamatan dengan menggunakan busket strecther hingga selesai.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: BERNAMA