Wanita maut, empat rakan cedera kereta jatuh gaung

12 Feb 2024 • 10:51 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut, manakala empat rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Batang Kali, petang semalam (Feb 11).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.28 petang dan tujuh pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu digegaskan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux telah terjatuh di dalam gaung dan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu mengambil masa 10 minit,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bagaimanapun wanita berusia 58 tahun itu disahkan telah meninggal dunia, manakala empat mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran.

Identiti semua mangsa yang terlibat belum diperoleh. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved