Wanita maut kereta dirempuh lori kontena di Jalan Lintas

23 Aug 2023 • 1:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang wanita maut manakala penumpangnya cedera selepas sebuah kontena lori berukuran 40 kaki merempuh Bezza mereka di Jalan Lintas, di sini, Selasa.

Gemulah dikenali sebagai Nicolette Hannah George, 26, dan rakannya berumur 44 tahun yang baru tiba dari Kuala Lumpur, pada Isnin.

Bapa mendiang turut tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian selepas dimaklumkan mengenai insiden itu.

Ketua Polis Bandaraya ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 6.15 petang.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Kemalangan itu turut menjejaskan sebuah lori tangki Shell, Proton Iriz, Myvi, Saga dan Vios.

Sementara itu, seorang penumpang berusia 44 tahun yang mengalami kecederaan di kaki berkata, dia baru tiba dari Kuala Lumpur pada malam Isnin.

“Rakan saya (mendiang) membawa saya keluar ke Donggongon di Penampang untuk makan dan dia menghantar saya pulang ke hotel tempat saya menginap di Inanam apabila lori itu tiba-tiba merempuh kereta kami dari belakang,” katanya.

Pemandu kereta lain, sebahagian daripada mereka dipercayai datang dari arah sama ada dari lapangan terbang atau arah Lido dan menghala ke arah Kolombong Inanam dan Taman Ria. Kesemua mereka mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, pemandu lori kontena 40 kaki, seorang lelaki berusia 52 tahun, berkata dia berada di jalan raya selama dua hari selepas memulakan perjalanan dari Sibu, Sarawak Isnin lepas dan baru tiba di Kota Kinabalu pada Selasa.

Anggota bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat daripada kereta yang remuk.

Pegawai Penyiasat trafik Kota Kinabalu Inspektor Farhana berada di tempat kejadian untuk menyiasat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.