Wanita Maut Ketika Cuba Selamatkan Anak Terperangkap Dalam Kebakaran

25 May 2024 • 3:16 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Seorang wanita dan dua anaknya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Balik Pulau kira-kira jam 7 pagi tadi.

Ketika kejadian wanita tersebut berada di premis itu bersama tiga anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. Anak kedua wanita terbabit terselamat dari kebakaran.

Wanita itu pada mulanya  berjaya keluar dari rumah bersama dua anak lelakinya. Mangsa ditemani salah seorang anak lelakinya masuk semula selepas menyedari anak perempuannya masih berada dalam rumah, namun ketiga-tiga mereka gagal menyelamatkan diri.

Punca kebakaran dan nilai kerugian masih disiasat. – Getaran, 25 Mei, 2024

@getaranmy Seorang wanita dan anaknya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Jalan Balik Pulau kira-kira jam 7 pagi tadi. #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ original sound - Getaran


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved