Wanita maut nahas libatkan kereta, dua lori

6 Aug 2024 • 8:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

image is not available
Lokasi kemalangan melibatkan kereta dan dua lori di Jalan Semantan dekat Kampung Megat Segama, Temerloh pada Selasa.

KUANTAN - Seorang wanita maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Jalan Semantan dekat Kampung Megat Segama, Temerloh pada Selasa.

Nahas yang dilaporkan jam 3.44 petang itu melibatkan kereta dan dua lori membawa tong gas dan lori sawit.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa tersepit dalam kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian itu, seorang lelaki yang turut berada dalam kereta turut cedera tersepit manakala kedua-dua pemandu lori selamat.

"Tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dikerah ke lokasi kejadian yang berada kira-kira 15 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.

"Anggota bomba yang tiba di lokasi segera mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat," katanya.

Zulfadli berkata, mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved