Wanita Maut Selepas Tercampak Keluar Dan Dihempap Kereta Sendiri Di Lubok Antu

4 Apr 2024 • 3:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Difahamkan kereta mereka terbabas

Wanita Maut Selepas Tercampak Keluar Dan Dihempap Kereta Sendiri Di Lubok Antu. Sebuah kejadian tragis berlaku malam tadi apabila seorang penumpang wanita yang terlibat dalam kemalangan kendiri berhampiran Simpang Lubok Antu telah kehilangan nyawa selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaikinya.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa yang dikenali sebagai Rotela Angela Roger dilaporkan maut dalam kemalangan tersebut.

“Kenderaan jenis Toyota Hilux yang dinaiki oleh tiga individu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke arah laluan bertentangan dan akhirnya terbalik ke dalam longkang,” kata jurucakap PGO.

image is not available
Wanita Maut Selepas Tercampak Keluar Dan Dihempap Kereta Sendiri Di Lubok Antu. Sumber: Facebook

“Dalam kejadian itu, seorang penumpang telah tercampak keluar dari kenderaan sebelum dihempap olehnya.”

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pemandu dan seorang lagi penumpang turut mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Operasi penyelamat diketuai oleh PBK II KUP Mohd Johari Abdullah dan berjaya tamat kira-kira pukul 9.51 malam.

Baca lagi artikel menarik: