
Kota Kinabalu: Seorang wanita Cina tempatan berusia lingkungan 50-an dipercayai maut selepas terjatuh dari tingkat 17 sebuah bangunan berhampiran Bank Negara, di sini, pada Isnin.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.18 petang.
Mayat mangsa, yang mengalami kecederaan parah, dibawa keluar dari lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut.
Difahamkan beberapa bahagian mayatnya ditemui di sekitar lokasi, dengan sebahagian kaki jatuh ke atas pagar bangunan Bank Negara sementara bahagian badannya pula menimpa dan merosakkan sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran.
Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti keadaan sebenar kejadian.





