Wanita maut, tiga lagi cedera dalam nahas dua kenderaan

3 Apr 2024 • 12:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan MPV Exora dalam kemalangan tersebut - foto BBP Kulai (kiri), dan keadaan dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Taman Aman, Senai di Kulai pada awal pagi Rabu. BBP Kulai

KULAI - Seorang wanita warga Indonesia maut manakala dua rakan senegaranya dan seorang lelaki warga tempatan cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Taman Aman, Senai di sini pada awal pagi Rabu.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Khas Untuk Penyandang (KUP), dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Baharuddin Omar, pihaknya menerima panggilan mengenai nahas berkenaan pada jam 1.51 pagi Rabu.

Katanya, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan tujuh anggota bomba dari BBP telah dihantar ke lokasi.

"Setibanya PKO ke lokasi, didapati kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora dan sebuah kereta jenis Honda City.

"Seorang mangsa perempuan dewasa didapati tersepit pada MPV disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

"Mangsa yang maut kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital," katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 3.10 pagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved