Wanita melecur bertengkar dengan kekasih meninggal dunia

5 Mar 2024 • 5:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dalam kejadian 28 Februari lalu, sepasang kekasih ditemukan melecur teruk keseluruhan badan dalam kebakaran melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan motosikal jenis Honda C70. Gambar kecil: Yahaya

IPOH - Wanita yang melecur 70 peratus dalam kebakaran dua kenderaan selepas terlibat dalam pertengkaran dengan kekasihnya di Taman Utama, Bercham di sini, minggu lalu, meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa berusia 57 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini jam 9.48 malam pada Isnin.

Menurutnya, dalam kejadian itu, wanita terbabit bersama pasangan lelakinya berusia 64 tahun mengalami kesan lecur dan dalam keadaan tidak sedarkan diri dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

"Lelaki terbabit meninggal dunia sehari selepas kejadian dan maklumat terbaru, wanita yang terlibat dalam kejadian itu turut disahkan meninggal dunia semalam (Isnin).

"Semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada polis melakukan siasatan secara menyeluruh," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Dalam kejadian 28 Februari lalu, sepasang kekasih ditemukan melecur teruk keseluruhan badan dalam kebakaran melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan motosikal jenis Honda C70.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh apabila seorang saksi terdengar pertengkaran antara kedua-dua mangsa sebelum kejadian.

Mengulas lanjut, Yahaya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu tampil membantu siasatan.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved