Wanita mengaku ‘kawtim’ dengan doktor, guna dana kerajaan untuk pakai ‘braces’

13 Jul 2023 • 9:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita yang didakwa sebagai penjawat awam menerima kecaman dalam kalangan netizen apabila mengaku menyalahgunakan dana kerajaan bagi tuntutan perubatan.

Pengakuan tersebut secara tidak sengaja didedahkan oleh rakannya, @motherofalma menerusi sebuah hantaran video di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Mengaku ‘kawtim’ dengan doktor

Difahamkan, pada mulanya @motherofalma bertanya mengenai pemakaian pendakap gigi atau ‘braces’ sebelum wanita itu mengaku menggunakan faedah yang sedia ada di tempat kerjanya bagi melakukan rawatan tersebut.

“Majlis punya panel kan banyak, aku manfaatkanlah ke demam ke apa semualah. Braces sepatutnya tak dapat, tapi aku ‘kawtim’ dengan doktorlah,” katanya.

Walau bagaimanapun, wanita berhijab itu seolah-olah terkejut apabila rakannya memaklumkan bahawa perbualan mereka dirakam namun hanya mampu ketawa.

“Aku rakam kau ni. Setiap kata-kata kau tu semua dah masuk dalam ni dah. Kau ‘kawtim’ dengan doktor, kau salah gunakan peruntukan majlis. Nak cantik guna dana kerajaan,” ujar rakannya berbaur sindiran.

Meninjau di ruangan komen, video berdurasi satu minit itu meraih 74,000 tontonan, 1,309 tanda suka selain lebih 202 komen netizen yang meninggalkan pelbagai reaksi.

‘Confirm’ kena siasat?

image is not available

Tuhan nak bagi teguran melalui kawan?

image is not available

Kes dendam dengan member ke ni?

image is not available

Takde berkat?

image is not available

Takde rasa bersalah pula tu?

image is not available

Alamak, salah tu sis! Janganlah guna bukan hak kita untuk kepentingan sendiri. Tak pasal dikenakan tindakan tatatertib pula nanti.

Sumber: TikTok @motherofalma