Wanita mengamuk di Kulim bukan kerana masalah rumah tangga

11 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita mengamuk di Kulim bukan kerana masalah rumah tangga

KULIM: Wanita yang didakwa mengamuk kononnya kerana menghadapi masalah rumah tangga disahkan belum berkahwin dan memiliki kad orang kurang upaya (OKU) ketika merosakkan kenderaan orang awam di Taman Kemuning, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, individu berusia 33 tahun itu menghampiri kereta jenis Perodua Myvi milik seorang lelaki berusia 29 tahun yang diletakkan di bahu jalan berhampiran deretan kedai.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, kejadian berlaku ketika pemilik kereta itu sedang membeli burger di sebuah gerai berhampiran.

“Siasatan mendapati wanita yang tidak dikenali mangsa datang menghampiri kenderaan itu sebelum memecahkan cermin besar belakang dan lampu belakang menggunakan pisau pemotong sayur.

“Terdapat saksi awam yang berada di lokasi ketika kejadian, manakala rakaman video kejadian menggunakan telefon bimbit orang awam turut tersebar di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati wanita itu mempunyai rekod mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Kulim sejak 2012 dan kali terakhir mendapatkan rawatan pada Jun lalu.

“Individu itu mempunyai kad OKU kategori mental dan masih belum berkahwin. Dia dibawa ke Hospital Kulim dengan bantuan polis untuk mendapatkan rawatan.

“Berdasarkan siasatan dia tinggal bersama ibunya sebelum ini namun akibat tidak tahan dengan sikapnya, ibunya tinggal dengan anak yang lain di Butterworth, Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu tidak direman dan diserahkan kepada keluarganya untuk jaminan, namun kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

The post Wanita mengamuk di Kulim bukan kerana masalah rumah tangga appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved