
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak semalam (13 Ogos), kecoh di media sosial beberapa rakaman memaparkan seorang wanita mengamuk sambil memegang sebilah pisau berhampiran sebuah pusat beli-belah di Kajang, Selangor.
Wanita itu dikatakan mengamuk selepas kereta yang dipandunya merempuh beberapa orang penunggang motosikal di sebuah kawasan lampu isyarat bersimpangan jalan.
Dia kemudiannya berjaya ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Apa yang mengejutkan, ada yang mendakwa wanita itu menjerit melaungkan ‘Saya benci Malaysia’ selepas berjaya ditahan orang awam.
Wanita mengamuk di Kajang rupanya bukan warganegara, 6 orang awam jadi mangsa
Dalam pada itu, pihak polis menerusi satu kenyataan semalam mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di Bandar Kajang sekitar pukul 12 tengah hari itu.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusoff berkata, suspek warga asing berusia 24 tahun itu ditahan bersama dua bilah pisau.
Menurutnya, dalam kejadian tu terdapat enam mangsa warga tempatan berumur di antara 21 hingga 60 tahun mengalami kecederaan akibat serangan terbabit.
“2 daripada mangsa ditahan di wad untuk rawatan lanjut, manakala empat lagi dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.
Suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah
Menurutnya lagi, suspek telah ditahan dan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada hari ini (14 Ogos) dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Naazron berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun.
Ujarnya, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh sehingga menyebabkan kemudaratan kepada orang lain.
Bagi kesalahan itu, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000.
“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM5,000 dan boleh dipenjara maksimum 12 bulan.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana—mana balai polis terdekat atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-6919817 bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

![Tindakan Pantas Ibu Selamatkan Budak Lelaki Di China Dari Terjerut Cable Tie [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
![Ramai Tertarik Lihat Google Maps ‘Jalan Kaki’ Di KL, Siap Ada Yang Berminat Nak Kerja [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/technology.jpeg)


