Wanita Meninggal Dunia Selepas Kongsi Cerita Serumah Dengan ‘Housemate’ Pocong – “Sukar Makan & Minum, Dihantui..”

LocalFamily & Parenting
27 May 2025 • 2:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Difahamkan sebelum ini wanita yang bergelar sebagai seorang guru berkongsikan pengalamannya di TikTok duduk dengan seorang penyewa yang didapati merupakan mahkluk misteri yang dikenali sebagai pocong.

Padah kongsi cerita duduk serumah dengan pocong

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah rumah sewa yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam.

Wanita yang dikenali sebagai Cikgu Ainina itu difahamkan telah mengurungkan diri di dalam tandas sementara menunggu ibu bapa menjemputnya untuk pergi daripada rumah berkenaan selepas mengetahui perkara sebena

image is not available

Penjelasan pengalaman perubatan memaklumkan makhluk tersebut telah lama berlegar-legar dan ia seakan sedang mencari tuan baru.

Kesihatan semakin hari semakin merosot, guru dijemput Ilahi

Biarpun sempat mendapatkan rawatan, rupanya kesihatan Cikgu Ainina semakin hari semakin merosot, di mana dia enggan makan atau minum serta kerapa dihantui dengan perkara itu.

Lebih mengejutkan, susulan kesihatannya semakin merosot, guru berkenaan dikatakan sudah dijemput Ilahi dan ia kerana gangguan yang dihadapi amat berat kerana sempat berkongsi makanan dengan ‘housemate’ tersebut.

Difahamkan, penyewa lain turut berpindah daripada rumah berkenaan selepas melihat kelibat mahkluk berkenaan dan pendedahan ini dilakukan oleh seorang wanita di platform TikTok, di mana dia menceritakan dari mulanya kisah penderitaan arwah hingga akhir hayatnya.

image is not available 5 hours ago

"Lebih 30 Hari Saya Sengsara.." Elfira Loy Dedah Pernah Jadi Perhatian 'Anak Bunian' Ketika Penggambaran

View Original Article