Wanita menyamar sebagai pegawai tinggi KDN

4 Oct 2022 • 8:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Polis menerima laporan berhubung aktiviti menyamar di media sosial yang dilakukan oleh seorang wanita mendakwa dirinya dilantik sebagai pegawai tinggi di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Wanita itu disyaki melakukan penyamaran dengan mendakwa dirinya telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN menerusi satu rakaman video berdurasi satu minit 40 saat yang dimuat naik di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, satu laporan berhubung video dan aktiviti penyamaran itu telah dibuat oleh Setiausaha Bahagian KDN di Balai Polis Presint 11 di sini hari ini.

"Pengadu memaklumkan KDN tidak pernah melantik mana-mana individu secara langsung sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN dan jawatan tersebut sememangnya tidak pernah wujud,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved