Wanita Menyamar Tetamu Kenduri Kahwin Dan Kantoi Curi Duit Akhirnya Ditangkap Dalam Teksi!

17 Feb 2025 • 10:43 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Wanita menyamar tetamu kahwin

Wanita yang sebelum ini tular kerana mencuri wang RM2,500 di sebuah majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan, akhirnya berjaya ditahan polis!

Menurut laporan Sinar Harian, wanita tersebut bukan kali pertama melakukan jenayah, malah mempunyai 10 rekod jenayah lampau dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed.

Ditahan dalam teksi bersama rakan

image is not available

Suspek ditangkap pada 2.35 petang semalam, selepas pihak polis mengekori sebuah teksi jenis Nissan Sentra yang mencurigakan.

Anggota bertugas terus menahan suspek bersama seorang lagi rakannya yang merupakan pemandu teksi di hadapan sebuah masjid.

Semasa disoal siasat, suspek mengaku mencuri RM2,500 ketika menyamar sebagai tetamu di majlis perkahwinan pada 1 Februari lalu.

Ada 10 rekod jenayah!

image is not available

Semakan polis mendapati rakan suspek iaitu seorang lelaki berusia 62 tahun itu juga mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Walau bagaimanapun, tiada barang menyalahi undang-undang ditemui pada mereka.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas hari ini untuk perintah tahanan reman.

#ApaKataOhmedia

Jenayah tidak pernah berakhir dengan baik. Mungkin duit yang dicuri nampak lumayan, tapi akhirnya akan terjerat juga. Ingat, hidup yang jujur lebih berkat!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


The post

appeared first on

.