Wanita muda meninggal dunia ketika bersenam di gim, akibat kekurangan oksigen

Health & Fitness
29 Aug 2024 • 10:37 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

16 Ogos lalu, seorang wanita bernama Ariatna Lizeth Mata Esparza, berusia 22 tahun, meninggal dunia semasa berlatih di sebuah gim di Torreón, Coahuila, Mexico.

Mangsa sebelum itu sedang melakukan barbell squats ketika tiba-tiba jatuh. Barbell Squats adalah senaman yang menggunakan barbel untuk melatih otot-otot kaki dan badan secara keseluruhan.

Tidak beberapa lama kemudian, parademik tiba dan cuba menyelamatkan Ariatna. Malangnya, dia disahkan telah meninggal dunia.

Laporan bedah siasat mengesahkan Ariatna meninggal dunia disebabkan Anoxemia, iaitu kekurangan oksigen.

Beberapa bahagian dalam struktur otak, seperti lobus temporal medial dan struktur limbik, sangat mudah rosak jika kekurangan oksigen. Selain itu, Ariatna juga mengalami strok dan darah beku.

Orang ramai diingatkan berhati-hati semasa bersenam dan memastikan kesihatan badan diutamakan. Berbincang dengan doktor sekiranya kerap merasa pening atau kekurangan oksigen ketika bersenam. – Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved